Wednesday 28 December 2016

Tempahan Brownies area Johor

Hi Assalammualaikum warga johor...
lama rasenya aami ilham ni tak update blog kan.. hee.. bz tau! sesejak dapat hadiah oven nih, & menceburkan diri di dalam dunia baking ni, semua resepi rasenye nk di belajar.. dicuba nya 😍

Disebabkan iqa ada menerima tempahan doorgift brownies untuk event birthday bulan 1 nanti, jadi iqa dah pun siap-siap berguru dah untuk buat brownies yg terbaik & sedap. soo heree we goo..


brownies fudgy/kedut sebelum dibakar


kejadian yg cantik selepas keluar oven :)
** mula mengeduttkan


brownies fudgy, brownies kedut, tempahan brownies di johor
taraa! siap brownies fudgy/kedut yg menjadi kegilaan ramai
** ada walnut di dalam.


brownies fudgy, brownies kedut, tempahan brownies di johor
**Brownies Classic


brownies fudgy, brownies kedut, tempahan brownies di johor
** bila makan, penuh rasa coklat & walnut. superbb sedap!


Ada yg bertanya iqa, ape beza brownies classic dengan brownies fudgy/kedut ni.. ok, bezanya brownies fudgy atau kedut ni, atasnye ade kedut2 tu dan rasenye sangat moist, rase walnut & coklat moist. Sementara brownies classic pula yg kita boleh deco deco atas dia tabur badam almond tu rasanya mcm ranggup sikit.. tu je.. takde beza ape pun. tetap dua-dua ade walnut di dalam & rase coklatnya sangatt superb! ade ramuan rahsia didalam ni.. 😋 heheh! 


Mini pack bila ada extra :)

brownies fudgy, brownies kedut, tempahan brownies di johor
brownies kedut drizzle dengan nutella



brownies fudgy, brownies kedut, tempahan brownies di johor
Add caption




Apa kata mereka yang sudah merasa brownies kedut iqa 😍












. . .

brownies fudgy, brownies kedut, tempahan brownies di johor


brownies fudgy, brownies kedut, tempahan brownies di johor, brownies kedut deco birthday


brownies fudgy, brownies kedut, tempahan brownies di johor, brownies kedut deco annyversary



** 1 loyang brownies fudgy/kedut 10x10 (tanpa deco) = RM50
** 1 loyang brownies classic 12x12 (tanpa deco) = RM70
** Mini pack available bila ade extra sahaja = 1 pack RM10
** Kami juga menerima tempahan doorgift brownies

kalau teringin nak rasa brownies fudgy yg sangat moist, rich dengan walnut, boleh la whatsapp iqa untuk order di 017-7475737

--> Juga boleh add FB iqa Cik IQa
--> instagram @vanillachocolate_oven


Friday 19 August 2016

OSTEMATRIX Penting Untuk Ibu Menyusu


Kalsium adalah satu elemen yang diperlukan oleh tubuh, samada menyusu atau tidak. Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira2 1.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?



Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari… Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari. Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium.


ostematrix shaklee, kebaikan ostematrix kepada ibu menyusu, kalsium peganti susu

Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam meyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.

Salah satu tips bagi membanyakkan susu juga adalah mengambil makanan yang kaya dengan kalsium dan juga supplement kalsium sebagai pelengkap keperluan kalsium bagi ibu menyusu iaitu 1,200gm setiap hari.

ostematrix shaklee, kebaikan ostematrix kepada ibu menyusu, kalsium peganti susu

Haa.. tengok tu 1 biji Ostematrix bersamaan 1 gelas susu dan 80 biji badam. Bagi yang tak suka dan tak boleh minum susu, boleh la ambil tablet ostematrix sahaja sebagai ganti. Senangkan. Tak payah susah - susah nak telan 80 biji badam tu sebagai ganti. Ostematrix Shaklee menyediakan 1000mg kalsium bersamaan 250mg kalsium dalam setiap kapsul.

Ada ketikanya penghasilan susu berkurangan ketika kita didatangi haid, demam dan sebagainya. Tapi janganlah kalau susu kurang, ibu pun kurang mengepam.. Tambahkan sesi mengepam, jika boleh buat power pumping.

Kebaikkannya OSTEMATRIX SHAKLEE untuk ibu menyusu:

  • Bayi anda mudah lawas
  • Anda juga mudah lawas
  • Gigi semakin kuat dan tidak berdarah
  • Tiada masalah sakit tulang belakang
  • Memperbaiki masalah gastrik (ibu yang baru melahirkan selalu kesuntukan masa untuk makan)
  • Membantu mengawal berat badan (mengurangkan rasa lapar akibat kekurangan glikogen)
  • Menyediakan kalsium yang bermutu tinggi kepada anak
  • Tiada lagi masalah kaki kejang
  • Tiada lagi masalah sakit pinggang
  • Bantu perbanyakkan susu ibu
  • Seimbangkan paras kalsium semasa haid
  • Mencegah osteoporosis
  • Mengurangkan PMS
  • Alternatif bagi ibu yang tak suka/tak boleh ambil susu laktosa
  • Mengawal tekanan darah
  • Menguatkan daya ingatan
  • Meningkatkan kesihatan tubuh

Saya pun mengambil Ostematrix setiap hari. Bukan sahaja ostematrix perlu ketika mengandung, menyusukan malah berterusan sehingga sekarang.


. . .


Hubungi Iqa untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.



Afiqah Hassan

Shaklee Independent Distributor
[ID No : 1124306]

SMS / WHATSAPP 017 747 5737

FB page : Shaklee Johor

InstaGram : @shaklee_iqa




TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)

Thursday 18 August 2016

Set Penyusuan Shaklee : Rahsia Milkbooster saya

Assalamualaikum, Hari ni iqa nak berkongsi dengan semua pembaca setia blog aamiilham, rahsia iqa mampu menyusukan ilham sehingga berumur 2tahun 6bulan ( umur terkini ). Dan iqa berhasrat akan meneruskan penyusuan ini sehingga umurnye 3tahun :) 


set penyusuan shaklee, cadangan penyusuan shaklee, set b, set e. set 3m shaklee, set eu 4 pack, rahsia milkbooster, menyusu dan kekal bertenaga
TEMAN SETIA KE BRANCH SHAKLEE :)


Semestinya dengan asbab Set Penyusuan Shaklee! Bermula dengan pengambilan Full Set Berpantang ( set asas + set menyusu) , alhamdulillah susu iqa memang cukup meriah untuk ilham. Memang jimat sebab tak perlu beli susu formula yang mahal-mahal dan yang paling penting dapat membekalkan susu ibu yang penuh khasiat...THE BEST MILK IN THE WORLD...



ESP dan ALFALFA memang membuatkan susu menjadi banyak dan bertambah pekat menyebabkan baby mudah kenyang, kurang meragam dan di samping sesuai untuk mencantikkan kulit dan menyingkirkan toksin dalam badan kita.

Pil kalsium Ostematrix pula membekalkan keperluan kalsium. Sangat sesuai untuk ibu menyusu dan hamil yang sememangnya memerlukan kalsium yang cukup untuk ibu dan baby.


Untuk pengetahuan semua, sehingga kini iqa masih lagi mengambil set Tripple M, iaitu set penyusuan yang paling lengkap untuk memberikan sepenuh khasiat kepada ilham. Alhamdulillah, jujur iqa cakap, ilham memang tak mudah demam mahupun selsema. Cuma ada seketika demam sebab tumbuh gigi dan ketika di rumah pengasuhnye dulu. Iqa memang sangat berpuas hati dan percaya dengan pengambilan vitamin shaklee, khasiatnya dapat disalurkan ke anak melalui susu.

Sekarang iqa memang benar-benar sudah jatuh cinta dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE.



Set Menyusu Shaklee Bantu Tambah Susu Badan

Set Bajet Menyusu Shaklee

- Bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkan Set Penyusuan Shaklee tetapi menghadapi kekangan bajet atau mungkin ingin mencuba-cuba dahulu, boleh dapatkan Set Bajet Penyusuan Shaklee
set penyusuan shaklee, cadangan penyusuan shaklee, set b, set e. set 3m shaklee, set eu 4 pack, rahsia milkbooster, menyusu dan kekal bertenaga

Khasiat ESP untuk Ibu Menyusu:

  • Selamat, Berkualiti & Berkhasiat ~ ESP dihasilkan dari kacang soya yang tidak diubah genetiknya (atau kita panggil Non-GMO). Proses ini amat penting untuk memelihara khasiat semulajadi protein soya dantidakakan mendatangkan kesan sampingan berbahaya seperti kanser dan sebagainya.
  • Memberi makanan tambahan yang kaya protein dimana keperluan protein ibu bertambah seiring keperluan untuk menyusukan bayi. 
  • Memberi nutrien tambahan yang mungkin tidak diperolehi dari diet atau corak pemakanan ibu yang tidak seimbang. 
  • Pembekal Tenaga ~ ESP membantu membekalkan tenaga berpanjangan kepada ibu untuk memenuhi keperluan bayi terutama dalam waktu berpantang.
  • Menguatkan rahim ibu selepas melahirkan 
  • Mempercepat proses pemulihan luka bersalin. Ini seterusnya dapat membantu ibu menyusu dengan lebih selesa dan tenang.
  • Membantu penghasilan susu badan yang lebih berkualiti dan membantu memekatkan susu badan supaya bayi lebih cepat kenyang dan tidur lena.
  • Membantu ibu mendapatkan berat badan ideal serta kulit yang cantik. Khasiat ini juga secara tidak langsung akan turun kepada bayi yang disusukan. Hasilnya, bayi akan kurang mendapat ruam, alahan seperti Ekzema atau masalah kulit yang lain. Insya Allah..

Khasiat Alfalfa untuk Ibu Menyusu:

  • Membantu penghasilan susu badan yang berkualiti serta memperbanyakkan susu.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  • Amat baik untuk merawat alergi, ekzema dan alahan
  • Memulihkan urat selepas bersalin.
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Membuang angin dalam badan
  • Memberi kesan seperti 'Kacip Fatimah' kepada wanita.

SET TAMBAHAN/LENGKAP IBU MENYUSU

Kat bawah ni full info yang saya copy dari seorang blogger/SHAKLEE distributor, kak mazni... superbvitamin.blogspot.com.

"Kenapa susu saya tak pekat?
"Penatnya saya, sejak breastfeeding ni saya selalu cepat letih."
"Eh kenapa Kak Mazni nampak bertenaga sdgkan saya selalu je cepat letih?"


Ini Jawapan saya....

Hari ini saya nak sharing bagaimana menghasilkan susu ibu yang penuh nutrisi, pekat dan menggiurkan. Ibu menyusu mesti mengekalkan momentum tenaga dan diri untuk cergas dan sihat. Tambahan pula ibu menyusu bukan sahaja berkhidmat untuk diri sendiri tetapi juga untuk anak dan suami. Maka tidak hairanlah ibu-ibu perlu pandai menjaga kesihatan diri luaran dan dalaman demi menjayakan misi 3 dalam 1 ini.

Untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga ibu menyusu boleh mengambil vitamin sebagai makanan tambahan atau booster. Teorinya senang sahaja. Ibu sihat maka susu yang dihasilkan juga sihat. Susu yang dihasilkan bkan sahaja sihat malah menjadi penuh nutrisi, pekat dan menggiurkan.


sebelah kanan ialah susu ibu dengan amalan vitamin

Seorang customer saya memberitahu saya sejak dia mengambil vitamin ibu menyusu ini anaknya tidak lagi meragam dan cepat lapar. Tidur malam pun tidak kerap terganggu. Jika sebelum ini bayi dia selalu sahaja cepat lapar dan kerap menyusu sehinggakan kadang-kadang dia berasa berputus asa untuk menjayakan penyusuan ini lantaran dirinya yang sudah kehabisan tenaga dan keletihan.

Lihat, ternyata ibu-ibu boleh berjaya dan dapat menyusukan bayi mereka dengan gembira dan tenang asalkan mereka mengamalkan vitamin ibu menyusu ini disamping berdisiplin menjaga pantang larang dalam tempoh penyusuan ini.

Secara asasnya semua vitamin dalam set vitamin ibu menyusu yang diperkenalkan memberikan manfaat kesihatan yang banyak kepada ibu seperti menambah tenaga (mengurangkan kepenatan), kekal cergas dan ceria serta yang utama sekali adalah mengurang stress.

Hati yang tenang, badan yang sihat dapat menggerakkan 'spirit' minda bawah sedar kita untuk menghasilkan susu dengan banyak. Oleh sebab itu, set vitamin ibu menyusu shaklee banyak membantu ibu-ibu menyusu menjayakan tempoh penyusuan sehingga dua tahun dan lebih lagi.

Berikut adalah senarai set vitamin ibu menyusu yang sesuai untuk ibu yang menyusukan dan anak.



set penyusuan shaklee, cadangan penyusuan shaklee, set b, set e. set 3m shaklee, set eu 4 pack, rahsia milkbooster, menyusu dan kekal bertenaga

Set B - Set Asas Vitamin Ibu Menyusu dengan Alfalfa Complex 

Mengandungi 4 jenis vitamin asas untuk ibu menyusu iaitu :

  • Vitalea (multivitamin) 
  • B-complex 
  • Vitamin C 
  • Alfalfa complex
Amat membantu ibu yang menyusukan anak. Set B ini sesuai untuk ibu menyusu yang tidak menghadapi apa-apa masalah dalam penyusuan dan ingin memperkayakan khasiat nutrisi dalam susu ibu dan juga menambah tenaga ibu menyusu. Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundis dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit alahan (cirit-birit) dengan alfalfa.
 
Kelebihan Alfalfa complex adalah sebagai 'milk booster' kepada ibu menyusu selain menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman, menyelesaikan masalah keputihan, dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh. Manfaat alfalfa kepada anak ialah menjadikan susu ibu lebih pekat membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. Selain itu, alfalfa complex juga membantu mengatasi masalah eczema bayi.


set penyusuan shaklee, cadangan penyusuan shaklee, set b, set e. set 3m shaklee, set eu 4 pack, rahsia milkbooster, menyusu dan kekal bertenaga

Set Eu 4 Pack - Set Vitamin Ibu Menyusu dengan Ostematrix tanpa Alfalfa Complex

Set vitamin ibu menyusu ini mengandungi 4 jenis vitamin asas iaitu :

  • Vitalea (multivitamin) 
  • B-complex 
  • Vitamin C 
  • Ostematrix (kalsium dan magnesium)
Sesuai untuk ibu yang baru melahirkan (bayi berumur kurang 6 bulan) dan juga untuk ibu-ibu yang sering sakit belakang dan masalah kerapuhan gigi. Set ini amat penting bagi menampung keperluan ibu menyusu terutama sekali ketika menghadapi saat-saat PMS. Ketika saat-saat PMS berlaku kebanyakkan pengeluaran susu ibu-ibu akan menurun disebabkan paras kalsium yang rendah ketika ini. 

Tambahan pula dapat menguatkan struktur tulang dan gigi ibu menyusu terutamanya kerana ibu menyusu terdedah kepada osteoporosis yang tinggi kerana kita turut membekalkan kalsium kepada bayi. Kalsium juga didapati berperanan meningkatkan pengeluaran susu ibu dan ini memberi kelebihan berganda buat ibu dan anak. Set ini amat sesuai bagi ibu menyusu atau anak yang alah terhadap alfalfa. Juga sesuai bagi ibu menyusu yang tidak gemar minum susu atau bayi yang alah kepada laktosa.


set penyusuan shaklee, cadangan penyusuan shaklee, set b, set e. set 3m shaklee, set eu 4 pack, rahsia milkbooster, menyusu dan kekal bertenaga

Set E - Set Vitamin Ibu Menyusu dengan Ostematrix (Kalsium)

Mengandungi 4 jenis vitamin ibu menyusu asas iaitu :
  • Vitalea (multivitamin) 
  • B-complex 
  • Vitamin C 
  • Alfalfa complex 
  • Ostematrix
Set ini amat sesuai kepada ibu menyusu dan anak yang tidak menghadapi alahan terhadap alfalfa tetapi mempunyai alahan kepada laktosa. 

Juga sesuai untuk ibu menyusu yang kurang mengambil kalsium dalam diet seharian dan sesuai bagi ibu menyusu yang tidak gemar minum susu. Set ini juga bagus untuk ibu dan anak kerana mengandungi semua nutrien dan zat yang lengkap untuk keperluan kesihatan ibu dan anak di samping membantu fokus utama ibu menyusukan iaitu (membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu). Alfafa membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat. Set ini memberi kesan cepat berbanding set di atas kerana Alfafa dan Kalsium merupakan milk booster

set penyusuan shaklee, cadangan penyusuan shaklee, set b, set e. set 3m shaklee, set eu 4 pack, rahsia milkbooster, menyusu dan kekal bertenaga

Set Tripple M (3M) - Set Vitamin Ibu Menyusu Paling Lengkap (Set B, Kalsium dan Soy Protein Shaklee (ESP) - highly recommended!

Mengandungi 4 jenis vitamin asas dan termasuk ALFALFA dan ESP
  • Vitalea (multivitamin) 
  • B-complex 
  • Vitamin C 
  • Ostematrix 
  • Alfalfa 
  • ESP 

Keistimewaanya adalah set ini dilengkapkan dengan ESP - Soy Protien Shaklee yang manfaat kepada ibu menyusu dan bayi. Sangat-sangat disyorkan kepada ibu menyusu yang menghadapi masalah dalam penyusuan iaitu, masalah pengeluaran susu yang tidak optima dan yang menghadapi masalah kekurangan stok EBM (stok susu beku). 

Set vitamin ibu menyusu ( 3M) ini juga amat sesuai bagi ibu menyusu yang ingin memulakan 'relactation' dan untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu. Soy Protein Shaklee banyak memberi manfaat terutamanya kepada ibu. kerana selain membantu sebagai 'milk booster', Soy Protein Shaklee juga turut membekalkan protein yang lengkap untuk keperluan ibu seharian dan membekalkan tenaga berpanjangan. 

Manfaat set Tripple M ini juga adalah dapat memperbaiki kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh terutamanya ibu yang menyusu agar tubuh ibu menyusu dapat berfungsi dengan baik yang secara tidak langsung meningkatkan sistem pertahanan tubuh yang tinggi kepada ibu dan anak.


Sebagai Peringatan kepada Ibu Menyusu

Ingat ye.. Pengambilan suplemen dan vitamin hanyalah untuk memastikan supaya tubuh ibu kekal sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat untuk menyusukan bayi. Antara kejayaan penyusuan juga amat bergantung kepada teknik penyusuan yang betul serta konsistensi dalam mengamalkan pemakanan seimbang. Konsep penyusuan asas perlulah difahami terlebih dahulu iaitu..

KONSEP ASAS PENYUSUAN

. . .

Jom kita lihat bagaimana setiap vitamin-vitamin di dalam Set Menyusu Shaklee ini berfungsi untuk membantu meningkatkan kesihatan ibu dan bayi sekaligus meningkatkan penghasilan susu badan

Khasiat setiap vitamin yang dicadangkan di dalam Set Penyusuan Shaklee


set penyusuan shaklee, cadangan penyusuan shaklee, set b, set e. set 3m shaklee, set eu 4 pack, rahsia milkbooster, menyusu dan kekal bertenaga


VITALEA @ MULTIVITAMIN dengan zat besi
- Mempunyai vitamin dan galian yang sangat diperlukan oleh tubuh beserta formula lengkap dengan zat besi (iron). Vitalea mengandungi 23 jenis multivitamin dan multimineral yang dapat membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang diperlukan agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.


set penyusuan shaklee, cadangan penyusuan shaklee, set b, set e. set 3m shaklee, set eu 4 pack, rahsia milkbooster, menyusu dan kekal bertenaga

B COMPLEX
- Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yg diperlukan oleh tubuh badan ibu menyusu termasuk asid folik. Setiap ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisme, menukarkan makanan kepada tenaga, meningkatkan sistem pertahanan badan dan juga membantu mengawal stress (meroyan) dan bertindak sebagai penenang kepada emosi yg lebih stabil


set penyusuan shaklee, cadangan penyusuan shaklee, set b, set e. set 3m shaklee, set eu 4 pack, rahsia milkbooster, menyusu dan kekal bertenaga
SUSTAINED RELEASE VITAMIN C
- Sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Vitamin c juga perlu untuk mencegah kelenjar daripada rosak dan berdarah dan juga penting untuk pembentukan kolagen supaya kulit ibu lebih cantik dan sihat


set penyusuan shaklee, cadangan penyusuan shaklee, set b, set e. set 3m shaklee, set eu 4 pack, rahsia milkbooster, menyusu dan kekal bertenaga


OSTEMATRIX ( kalsium & magnesium )
- Antara komposisi vitamin yang tinggi dalam susu ibu adalah kalsium. Kalsium penting untuk membina darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Ostematrix membantu menampung kembali kalsium dalam tubuh ibu yang telah diserap oleh bayi ketika menyusu
- Ostematrix juga mencegah kemeruduman susu badan untuk ibu-ibu yang sedang menstrual (period) kekurangan kalsium yg kritikal di saat badan mengeluarkan darah period



set penyusuan shaklee, cadangan penyusuan shaklee, set b, set e. set 3m shaklee, set eu 4 pack, rahsia milkbooster, menyusu dan kekal bertenaga

ALFALFA COMPLEX
- Raja segala tumbuhan, sumber mikronutrien yang paling kaya. Alfalfa dapat membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi  kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu/ milkbooster. Alfalfa juga bertindak sebagai penyahtoksin badan dan membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan dan bertindak sebagai kacip fatimah.


set penyusuan shaklee, cadangan penyusuan shaklee, set b, set e. set 3m shaklee, set eu 4 pack, rahsia milkbooster, menyusu dan kekal bertenaga


Energizing Soy Protein (ESP)

- Antara komposisi vitamin utama dalam susu ibu juga ialah protein. Apabila tubuh ibu cukup dengan keperluan protein, secara langsung susu yng dihasilkankn pekat dn banyak. ESP berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu, di samping menjadi sumber tenaga kepada ibu menyusu.


KHASIAT SET BREASTFEEDING/ MENYUSU SHAKLEE:

  • Menyediakan tubuh ibu seoptimum mungkin bagi menghasilkan susu badan yang banyak dan pekat 
  • Melengkapkan keperluan nutrisi yang cukup untuk ibu dan bayi 
  • Meningkatkan antibodi ibu dan juga si comel 
  • Membantu ibu-ibu menjadi lebih bertenaga 
  • Mengelakkan kelesuan dan juga masalah sembelit ibu 
  • Memberi refleksi kulit yang lebih cantik dan glowing kepada ibu, tiada lagi wajah pucat ketika berpantang dan menyusu 
  • Membantu bayi tidur dengan lebih lena dan kurang meragam kerana susu yang pekat dan mengenyangkan 
  • Membantu memulihkan masalah eczema pada bayi 


SUPPLEMENT DAN PENYUSUAN SUSU IBU

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN. Pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten.
  1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong. 
  2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja. 
  3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar. 

Hubungi Iqa untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.


Afiqah Hassan

Shaklee Independent Distributor
[ID No : 1124306]

SMS / WHATSAPP 017 747 5737

FB page : Shaklee Johor

InstaGram : @shaklee_iqa




TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)


Wednesday 17 August 2016

Kelebihan dan Kebaikan Ostematrix Shaklee


ostematrix shaklee, ostematrix bukan sekadar kalsium, pil kalsium, kalsium dalam bentuk pil, kebaikan ostematrix

Assalamualaikum, Entry kali ni iqa nak share tentang Kebaikan Ostematrix Shaklee. Ostematrix ni juga dikenali sebagai pil kalsium. Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen, sementara magnesium perlu untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium di dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga membantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima yang menyeluruh.


ostematrix shaklee, ostematrix bukan sekadar kalsium, pil kalsium, kalsium dalam bentuk pil, kebaikan ostematrix


Apa pula Kandungan dalam Ostematrix:

  • Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap
  • Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
  • Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium
  • Boron - Bantu dalam metabolisme tulang
  • Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang 



ostematrix shaklee, ostematrix bukan sekadar kalsium, pil kalsium, kalsium dalam bentuk pil, kebaikan ostematrix

Manfaat Ostematrix

  • Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
  • Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
  • Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
  • Meringankan stress
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Melegakan sakit ketika haid
  • Membantu dalam masalah gastrik
  • Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
  • Mengurangkan risiko praeklampsia
  • Membantu mengurangkan sakit belakang
  • Mengurangkan risiko osteoporosis
  • Membantu mengurangkan kebas dan sesemut
  • Membantu melegakan sembelit
  • Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
  • Membantu masalah kolestrol
  • Menggalakkan kulit yang cantik
  • Melegakan sakit-sakit sendi
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu melembutkan najis
  • Membantu mengatasi migrain
  • Membantu masalah buasir
Perkara menarik mengenai OSTEMATRIX
  • Ianya sangat mudah ditelan kerana bersaiz kecil dan disalut licin , dan ia juga memberi alternatif kepada mereka yang tidak menyukai susu sebagai sumber kalsium.
  • Tidak berbau
  • Tidak mempunyai rasa
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Tanda-tanda Kekurangan Kalsium
  • Kerap sakit gigi
  • Gusi Berdarah
  • Kejang Otot
  • Rambut kasar
  • Tumit pecah/ kasar
  • Kuku rapuh
  • Kebas kaki dan tangan
  • Kulit kering
Siapa yang sesuai mengambil Ostematrix
  • Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat
  • Mereka yang tidak suka minum susu, jadi boleh ambil ostematrix
  • Ibu menyusu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu
  • Ibu Mengandung
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit
  • Mereka yang mengalami masalah tulang/sendi
  • Mereka yang kerap lesu/letih
  • Mereka yang selalu kekejangan otot

ostematrix shaklee, ostematrix bukan sekadar kalsium, pil kalsium, kalsium dalam bentuk pil, kebaikan ostematrix



Hubungi Iqa untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.



Afiqah Hassan

Shaklee Independent Distributor
[ID No : 1124306]

SMS / WHATSAPP 017 747 5737

FB page : Shaklee Johor

InstaGram : @shaklee_iqa



TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)

Copyright to PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU Blogger options
Designed by UMIESUEstudio 2016