Friday 17 June 2016

Cara masak nasi ayam yang sedap

nasi ayam, cara masak nasi ayam, nasi ayam sedap
tadaa.. Nasi ayam sedap! sos kicap n cili tak muat pulak dalam gamba. he3


Assalamualaikum semua, hari minggu yang lepas sebelum puasa, iqa ada mencuba resepi nasi ayam yang iqa jumpa kt tenet. nk credit tp xtau page ape iqa jumpa. tp memang sedap.. 1st time tau masak nasi ayam, siap perap2 ayam bagai.. tak penah buat 🙈 tapi alhamdulillah bila anak makan, suami cakap sedap, boleh niaga.. Allah, terus rasa kenyang  .. heheheh.. kt bawah iqa list kan cara-cara nk masak nasi ayam yang sedap ni ye.. SELAMAT MENCUBA UOLSS 😚


BAHAN-BAHAN:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebus ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:



1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk



2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk



3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam ( rujuk bahan perap untuk ayam )
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu


Cara untuk memasak nasi:



1. Basuh beras dan tos air.
Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis (*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa
nasi ayam, cara masak nasi ayam, nasi ayam sedap
Nasi dah siap masak.. bau dia.. emmm sedap 

Cara untuk memasak sup:



1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup


Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang

Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila direbus terlalu lama, isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.




" SELAMAT MENJAMU SELERA "




Si kecik ni yang tak menyempat2 nk makan

boleh nampak betapa sedapnye aami masak. tak menyempat nk pakai bj, terus panjat meja nk makan :)

No comments:

Copyright to PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU Blogger options
Designed by UMIESUEstudio 2016