Friday 29 July 2016

Kesan Penyembuhan Selepas Pengambilan Shaklee


Assalamualaikum semua :)

Setiap kali Iqa consult customers yang makan supplement Shaklee, iqa pasti akan ingatkan kesan selepas makan supplement Shaklee. Semestinya semua orang ingin mendapatkan kesan yang baik tetapi ada juga yang dapat kesan awal tidak seperti yang mereka inginkan.

Untuk hari ini, iqa ingin berkongsi sedikit info berkenaan Healing Crisis atau Kesan Penyembuhan yang berlaku pada sesetengah orang selepas dia consume supplement Shaklee.



penyembuhan selepas pengambilan shaklee, makan vitamin tapi sakit, demam lepas ambil shaklee



Telah ramai pengguna suplemen Shaklee merasai kesan dan merawat masalah mereka dan ramai yang memberi feedback yang sangat positif dan menggalakkan setelah beberapa hari makan suplemen Shaklee.

Alhamdulillah.... Iqa pun rasa berpuas hati kerana telah membantu mereka utk masalah yg dihadapi dan sekaligus menjalani kehidupan yang lebih sihat dan cergas.
Tetapi, Sesetengah orang pula akan mengalami kesan yang lebih teruk selepas makan supplement Shaklee. Ada yang sakit kepala, ada yang sakit lutut, ada yang demam dan pelbagai lagi kesan ketidakselesaan yang dialami mereka.

Beberapa kes yang sering berlaku adalah:
  • Jerawat naik lepas makan vitamin C
  • Sakit kepala selepas makan Alfalfa 
  • Lutut semakin sakit selepas makan AJHT 
  • Period tak stabil selepas makan GLA Complex
  • Sengal-sengal badan selepas makan Ostematrix 


Ramai yang mengadu bertambah sakit, kenapa yer makin sakit walhal tujuan makan supplement sepatutnya nak jadi lebih sihat kan?




Itu lah yang dinamakan sebagai Healing Crisis atau Kesan Penyembuhan.

Jangan risau.. Itu semua adalah krisis pemulihan yang di alami selepas mengambil suplemen. ia bukan gejala penyakit, tetapi ia adalah tindakbalas oleh tubuh kita sendiri disebabkan oleh kekurangan sesuatu khasiat yang disebabkan oleh tabiat pemakanan harian kita. Bilamana badan seseorang kekurangan sesuatu nutrisi dan kita mula ambil makanan / suplemen yang mengandungi nutrisi tu, maka akan berlaku tindakbalas oleh badan yang menunjukkan badan memberi respon terhadap nutrien tersebut. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan mula terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia terjadi untuk beberapa hari mengikut badan seseorang. Walaubagaimanapon, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.



KENAPA HEALING CRISIS BERLAKU?

Salah satu puncanya adalah disebabkan oleh toksin yang telah terkumpul dalam badan untuk jangkamasa yang lama. contohnya seperti sisa-sisa makanan berkimia, lemak, stress, diet harian yang tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan.
Pengambilan suplemen dapat membantu kita dalam mempertingkatkan sistem imuniti badan, mendetoks toksin lama dalam badan serta mengawal dan melindungi organ.

Semasa proses detoksifikasi berlaku, simptom2 seperti berikut akan ada pada semua orang mengikut masalah yang dihadapi :
  • pening
  • letih dan rasa lesu
  • sakit kepala
  • perut rasa sebu
  • rasa tak hadam
  • cepat lapar
  • cirit birit
  • berkahak
  • kencing keruh
  • rasa hangat
  • berpeluh


    penyembuhan selepas pengambilan shaklee, makan vitamin tapi sakit, demam lepas ambil shaklee


    APA YANG PERLU DI BUAT SEMASA HEALING CRISIS BERLAKU?
    • Minumlah banyak air bersih 
    • Berehat dan tidur yang cukup
    • Elakkan stress berpanjangan
    • Amalkan makan sayur dan buah-buahan
    • Fikir positif untuk kesan pemulihan yang cepat

    . . .

    FAQ berkenaan Healing Crisis

    Q: Apakah yang dimaksudkan dengan kesan penyembuhan?

    A: Kesan penyembuhan merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup.

    Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai kesan penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan kesan penyembuhan.

    Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil supplement atau makanan tambahan?

    A: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien,nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.

    Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

    Q: Adakah kesan penyembuhan petanda yang baik?

    A: Ya. Kesan penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semula jadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan penyembuhan yang sebenar.

    Umumnya, kesan penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat seperti mana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

    Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama?

    A: Setiap orang adalah berbeza.Sesetengah individu akan mengalami kesan penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi kesan penyembuhannya.

    Q: Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi kesan penyembuhan ini?

    A: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

    Q:Ramai orang yang bertambah baik selepas mengambil supplement, tetapi walaupun saya masih mengambil supplement, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan. Mengapa?

    A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan supplement, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya. Contohnya, tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik dan lain-lain lagi.



    Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

    • Tidak mengamalkannya setiap hari 
    • Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan 
    • Takut kepada Healing Crisis, lalu berhenti dari mengambilnya 
    • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat 
    • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh 
    • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahu pun makanan tambahan 
    • Mengalami masalah emosi 
    . . .


    Selain supplement, the same goes to skin care as well. Kalau sebelum ni anda pernah menggunakan produk skin care yang mengandungi merkuri, hydroquinenone atau bahan lain yang berbahaya, kemudian anda bertukar kepada produk yang natural, berkemungkinan besar pada awalnya kulit anda akan mengalami Healing Crisis yang teruk seperti keluar jerawat, menjadi semakin kusam, gatal-gatal, ruam dan sebagainya.

    Teruskan pemakaian produk yang natural disertai dengan mengamalkan supplement dan minum air mineral yang mencukupi insha Allah selepas ni kulit anda akan lebih berseri-seri dan flawless! Cuma perlukan kesabaran dan consistent jer dalam pemakaian

    Semoga sharing ini boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan buat anda semua. Insha Allah, bersama-sama kita menjaga kesihatan dan kecantikan diri untuk kehidupan yang lebih sejahtera :)







    Hubungi Iqa untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.




    Afiqah Hassan


    Shaklee Independent Distributor
    [ID No : 1124306]

    SMS / WHATSAPP 017 747 5737

    FB page : Shaklee Johor

    InstaGram : @shaklee_iqa


    "Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggunggjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee ( ahli Shaklee ), anda boleh menghubungi saya untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch Shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 1124306 dan anda akan diberikan bimbingan daripada saya ..."



    TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)

    No comments:

    Copyright to PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU Blogger options
    Designed by UMIESUEstudio 2016