Himpunan2x menu berpantang ini, iqa kumpulkn dari sumber2x yg boleh dipercayai 😊 . Diharap dengan adanya resepi2x ini, boleh la en suami masakkn untuk isteri yg sedang berpantang ya. Tidaklah jemu sang isteri takkala hari2x dijamu sayur sawi dan ikan caru bakar sahaja. heee 😁 Selamat mencuba !
IKAN TENGGIRI LADA HITAM KUKUS
BAHAN-BAHAN
3-4 ketul isi ikan tenggiri
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit jus lemon
Garam secukup rasa
CARA-CARA
Bersih isi ikan , mayang semua bawang , halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai . Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan . Masukkan sos tiram , garam dan serbuk lada hitam . Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak .
* Tidak perlu ditambah air sebab bila dalam proses kukus isi ikan ni akan mengeluarkan jus.
...
SIAKAP KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 inci halia (dihiris halus)
2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)
1 sudu makan sos ikan
sedikit air
garam
hirisan daun sup
3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)
CARA-CARA
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.
Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2 masak.
Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak.
Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar.
Hidangkan bersama nasi putih
...
SUP IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN
Ikan merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk
Sup bunjut ikan Adabi
CARA-CARA
Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.
...
AYAM PANGGANG
BAHAN-BAHAN
500gm ayam
1/2 cawan air
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil jintan manis
1 1/2 sudu kecil jintan putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR
20gm halia
10gm kunyit hidup
10gm lengkuas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA-CARA
Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
Panggang sehingga masak.
Panaskan sedikit minyak.
Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
Masukkan serai,jintan manis,jintan putih,air asam jawa dan garam.
Tambah air dan biarkan mendidih.Curahkan ke atas ayam tadi.
...
KERABU PEGAGA
BAHAN-BAHAN
1 biji bawang merah dihiris
1 mangkuk daun pegaga (dihiris nipis)
2 sudu besar kerisik
1 sudu lada hitam dikisar
50gm ikan bilis disangai tanpa minyak dan ditumbuk
1 biji limau kasturi (diperah, ambil jus)
garam secukup rasa
CARA-CARA
Gaulkan semua sehingga sebati di dalam mangkuk.
Siap dihidangkan dan dimakan dengan nasi panas.
...
SUP IKAN HARUAN
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan haruan
3 tangkai daun sup | dihiris
3 biji bawang besar | dikisar
2 biji bawang putih | dikisar
30 gm halia | dikisar
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 liter air
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
CARA-CARA
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
Kemudian masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan, lada hitam dan garam.
Setelah ikan masak, angkat dan taburkan hirisan daun sup
...
SUP LOBAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Perencah sup sayur Adabi
CARA-CARA
Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
Masukkan 3 cawan air, rangka ayam, dan perencah sup sayur adabi.
Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.
INFO
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.
...
IKAN TENGGIRI MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN
500ml air
3 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
3 biji bawang merah
CARA-CARA
Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
Kacau rata sebelum dihidangkan.
INFO
Resepi ini membekalkan protein dan melawaskan pembuangan air kecil.
...
IKAN SIAKAP BAKAR
BAHAN-BAHAN
Seekor ikan siakap
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk) atau sesudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
CARA-CARA
Bersihkan ikan siakap.
Perapkan dengan semua bahan selama setengah jam.
Panggang sehingga masak.
Ikan siakap boleh digantikan dengan ayam atau daging.
...
SINGGANG IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN
ikan tenggiri 3 keping besar
3 ulas bawang putih - dimayang
2 cm lengkuas - dihiris nipis
2 cm kunyit hidup - dihiris nipis
3 keping asam gelugur
4 cawan air
garam secukup rasa
CARA-CARA
Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masakkan hingga kuah mendidih.
Sedia untuk dihidang. Sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih panas.
...
SUP AYAM BEREMPAH / SUP DAGING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
2 ketul ayam
Sekeping halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebatang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Sekuntum bunga lawang
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Sesudu teh biji ketumbar
Sedikit lobak merah didadu
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit air
Air
Garam
Sup bunjut Adabi
CARA-CARA
Didihkan air di dalam periuk bersama sup bunjut adabi. Masukkan halia, bawang kecil, bawang putih dan kesemua rempah. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga rempah sebati dengan isi ayam. Biarkan air mendidih. Masukkan lobak merah dan biarkan merenih sehingga lobak empuk. Perasakan dengan lada hitam dan garam. Masukkan daun sup dan daun bawang. Biarkan merenih seketika dan hidangkan.
...
IKAN BILIS SANGAI HALIA
BAHAN-BAHAN
halia muda (besar ibu jari)
lada hitam 10 biji
ikan bilis 1 genggam
Asam jawa (suam)
bawang besar 1 biji
CARA-CARA
Bahan (A)
1) Halia ditumbuk atau diparut, ambil ampas nya sahaja dan buang air lebihan
2) Sangai ikan bilis dan lada hitam (tanpa minyak). Kalau nak guna minyak, memadai 1/2 sudu shj.
Kemudian..
Bahan A tadi ditumbuk kasar bersama bawang besar
Cara hidang..
kesemua bahan yang ditumbuk tadi di sediakan dengan air perahan asam jawa yang suam
...
DAGING REBUS ASAM
BAHAN-BAHAN
Semangkuk daging yang dipotong kepingan
Setengah inci halia
Setengah inci lengkuas
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
Sesudu teh ketumbar ditumbuk kasar
Sekeping asam keping
Garam
Air
CARA-CARA
Tumbuk halia, lengkuas, bawang putih dan bawang kecil hingga lumat. Kemudian, rebus daging bersama bahan-bahan yang ditumbuk bersama ketumbar sehingga daging empuk. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam. Biarkan merenih seketika sebelum dihidangkan.
INFO
Asam keping bagus untuk melancarkan sistem penghadaman serta membantu mengempiskan perut selepas bersalin. Hidangan ini tidak berlemak. Hidangan ini enak dimakan dengan nasi serta kicap berlada hitam. Memang membangkitkan selera. Cubalah!
...
Alhamdulillah, selesai sudah iqa kumpulkan resepi2x ibu berpantang. Untuk maklumat semua, produk Shaklee juga ada menyediakan Set ibu berpantang. Set Berpantang Shaklee merupakan set berpantang yang semakin menjadi pilihan ramai ibu yang baru ataupun hendak bersalin. Iqa sendiri mendapat manfaat yang sangat memuaskan dan iqa yakin, ibu-ibu yang mencuba set ini akan turut merasakan perkara yang sama.
No comments:
Post a Comment