Wednesday, 3 August 2016

OSTEMATRIX : Kalsium untuk ibu hamil & menyusu

Assalamualaikum,

Bacaan ini khas untuk ibu mengandung atau bakal-bakal ibu. Anda perlu memastikan keperluan kalsium anda mencukupi sepanjang tempoh kehamilan anda. Tahukah mengapa?

Pengambilan kalsium cukup penting untuk wanita hamil. Kalsium diketahui penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi. Sumber mineral ini juga membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah.






So, kenapa agaknya ibu hamil kena minum susu banyak-banyak sebenarnya?

Ya. Sebenarnya kerana KALSIUM yg terkandung di dalam susu tersebut AMAT PENTING untuk ibu yg sedang hamil dan juga bayi yg sedang dikandung.

Kesan kekurangan Kalsium

Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).

Keperluan Kalsium Minimum bagi Wanita

Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari.

Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.

Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.

Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.

Selain itu, ibu hamil disarankan juga mengambil pil kalsium yang menyediakan 1000mg sumber kalsium yang bersamaan dengan 4 biji setiap hari. Mengapa cukup sekadar 1000 mg sehari? Ini kerana tubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500 mg kalsium dalam satu-satu masa. Akan tetapi jangan lah berlebihan kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.

So, kenapa pula kalsium ni penting sebenarnya untuk ibu hamil & bayi yg dikandung?

Sebab ada banyaaaakk kebaikan & kepentingan kalsium ni untuk ibu & bayi tau. Di mana, kalsium ni penting untuk:

  • Menguatkan tulang ibu dengan mengekalkan kepadatan tulang. Wanita yg kekurangan kalsium menghadapi risiko yg sangat tinggi untuk menghidap osteoperosis apabila usia meningkat. 
  • Mengelakkan masalah kuku rapuh, gigi rapuh, gusi berdarah, kebas-kebas & kekejangan. 
  • Melegakan sakit pinggang, belakang & kaki terutamanya apabila perut semakin membesar/memboyot. 
  • Melembutkan najis dan mengelakkan sembelit sepanjang waktu hamil. 
  • Bekalan untuk pertumbuhan tulang & gigi bayi yg kuat & sihat. 
Walau bagaimanapun, kebanyakan susu yg dijual dipasaran telah diproses dan ditambah dengan bahan pengawet agar tahan lama serta dicampur dengan gula tambahan supaya rasanya lebih enak. Ini menjadikan meminum susu dalam kuantiti yg banyak sewaktu hamil meningkatkan risiko kencing manis pula! So, apakah penyelesaian yg terbaik??

Ya. OSTEMATRIX SHAKLEE lah jawapannya. Mengapa?




Sebab Ostematrix Shaklee mempunyai manfaat yg jauh melebihi susu yg dijual di pasaran!
  • 1 biji Ostematrix Shaklee adalah bersamaan dengan 1 gelas susu berkalsium tinggi. Juga bersamaan dengan 80 biji badam. 
  • Pengambilan 4 biji Ostematrix Shaklee dapat memenuhi 1000mg keperluan kalsium harian seorang manusia dewasa. 
  • Ostematrix Shaklee mengandungi Vitamin D yg menjadikan kalsium di dalamnya lebih mudah diserap oleh badan kita. 
  • Ostematrix Shaklee mengandungi Magnesium yg turut membantu menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, menghasilkan tenaga, menstabilkan denyutan nadi serta memberikan kesan relaks kepada saraf & otot. 
  • Justeru, Ostematrix Shaklee amat membantu ibu hamil untuk berehat & tidur lebih lena & berkualiti pada waktu malam. Hasilnya, ibu hamil akan bangun dengan lebih cergas keesokan paginya!
  • Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu.




Bagi ibu hamil yang tidak suka minum susu, Ostematrix Shaklee memang sesuai sebagai pengganti susu. Bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa."

Selain itu ostematrix dapat mengurangkan rasa lenguh-lenguh, kaki kejang terutama kepada ibu hamil. Ostematrix buat saya mudah bangun dari tidur. Pastinya saya akan berasa segar setiap kali memulakan rutin harian saya. Memang best!

Percaya tak, ostematrix antara vitamin yang bantu boosterkan susu bagi ibu yang menyusu? Bagi yang menyusu, ianya membantu membanyakkan susu secara tidak langsung.

Bila badan kita segar, tiada kemurungan, ia membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali. Sebab itu ia antara vitamin yang dimasukkan dalam set 3M. Dalam alfalfa turut ada mengandungi kalsium tetapi dalam nisbah yang sedikit. Kekangan alfalfa bila ambil dengan banyak tetapi kurang air akan buat sembelit ditambah susu akan berkurang dengan sendirinya. Oleh kerana itu kita tidak boleh terlalu bergantung dengan alfalfa semata-mata untuk sumber kalsium.

Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tau yang itu. 99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ni adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya bila seseorang tak dapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot dan mengakibatkan OSTEOPOROSIS






So, daripada nak minum 1 tin susu tepung ataupun berkotak-kotak susu UHT setiap hari sepanjang 9 bulan anda hamil, lebih baik ambil Ostematrix Shaklee ni kan? Mudah je. Cuma 4 biji sebelum tidur malam; dan anda telah memenuhi keperluan minimum kalsium bagi anda & bayi! Tapi, masih perlu minum susu juga tau.. Sebab ibu hamil perlukan 4 kali ganda jumlah kalsium berbanding orang dewasa normal! hehehehe... Tapi, at least tak perlulah minum berkotak-kotak susu bila dah ambil Ostematrix kan? (^_^)

Yang penting, apabila kita pasti dan tahu berapa ukuran atau sukatan bagi setiap apa yang dimakan oleh kita, maka tubuh badan kita akan mampu menyerap dan menerima segala vitamin dengan lebih baik. Walau apa pun yg kita makan, makanlah dengan berilmu!


*Nak jimat lagi sepanjang Ogos 2016 ni?
Jom beli 2 botol, dapat less 5%,
ATAU beli 1 set Beli 6 Percuma 1 Ostematrix ni.


Sekali beli; dengan harga promo, dah boleh tahan untuk 7 bulan penggunaan! (^_^)










Hubungi Iqa untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.


Afiqah Hassan

Shaklee Independent Distributor
[ID No : 1124306]

SMS / WHATSAPP 017 747 5737

FB page : Shaklee Johor

InstaGram : @shaklee_iqa


TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)

No comments:

Copyright to PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU Blogger options
Designed by UMIESUEstudio 2016